Sunday, February 27, 2011

IMPIAN TERSERLAH KENYATAAN

Salamunalaikh,,

dah lame rasanye saya x mencoretkan ape2 di blog ni, tetapi hari ini saya hadir dengan sedikit berita yang gembira dan pastinya yang sungguh bermakna di dalam hidup ini. Mungkin ianya bukan benda baharu untuk tatapan orang lain tetapi bagi saya ianya adalah benda baharu yang belum pernah saya alami semenjak saya membesar dalam lingkungan usia 20-an ni. Perkara yang saya maksudkan adalah KONSERT MAHER ZAIN live in dewan malawati shah alam. Saya amat bertuah dan berbangga kerana dapat menghadiri konsert yang berasasakan dakwah islam di mana kita sendiri dapat lihat maher zain adalah penyanyi baru dalam industri hiburan di MALAYSIA tetapi jika dilihat secara total, betapa luasnya aura beliau dalam usaha untuk menyampaikan dakwah dalam bentuk hiburan sehingga dapat menggamit masyarakat MALAYSIA terutamanya golongan-golongan muda untuk turut serta menjayakan misi serta konsertnya yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 25 FRBUARI sehingga 26 FEBRUARI. Semalam adalah konsert beliau yang terakhir saya hadiri tetapi sokongan dan penyertaan penonton MALAYSIA adalah sangat mengasyikkan dan membaggakan. Walaupun ada yang hadir dari jauh semata-mata untuk menantikan kehadiran serta kemunculan maher zain, mereka tetap sabar menanti dan terus menanti sehingga waktu konsert berlansung. Saya amat terharu melihat ada juga dalam kalangan penonton yang bukan beragama islam juga turut hadir dan membeli tiket untuk melihat sendiri keajaiban konsert maher zain pada malam tersebut. Semoga mereka dikurniakan hidayah daripada ALLAH s.w.t untuk memeluk agama islam dengan adanya usaha maher zain untuk menyampaikan dakwah berbentuk hiburan. Pada malam tersebut tampak jelas maher zain sangat letih untuk beraksi setelah semalaman bernyanyi, tetapi demi agama serta DAKWAH yang ingin disampaikanya, beliau langsung tidak mengecewakan walaupun sedikit terhadap peminat-peminatnya yang mengharapkan beliau tampil dengan semangat membara demi untuk membantu agama ALLAH yang makin hari makin hilang ditelan dek zaman. Ikutkan hati ingin saja saya pergi ke pentas dan memeluk maher zain dengan se erat-erat nya dan mengucapkan tahniah kerana berjaya membawa sejarah lembaran baru kepada agama ALLAH dalam usaha untuk berdakwah ke jalan yang di redhai, tetapi apakan daya, ianya tidak mampu dilakukan kerna batas-batas masa dan kawalan rapi daripada pihak penganjur. Walau bagaimanapun, saya tetap berbangga dan terhibur dengan persembahan maher zain dan sempat menitis kan air mata kegembiraan dan kesedihan dek kerana suara beliau, rintihan beliau serta penghayatan beliau di dalam lagu yang diutarakannya, Beliau sungguh menakjubkan. Insyallah jika diberi keizinan dan kelapangan masa daripada ALLAH s.w.t akan saya hadiri konsert seterusnya daripada maher zain pada masa akan datang. INSYALLAH.

Sunday, January 23, 2011

RINTIHAN SANUBARI KECILKU,,

semakin hari aku makin merindui kehidupan aku seperti dahulu,,
semakin hari aku menantikan saat-saat indah muncul di hadapan mata sanubari aku,,
aku yang mengharapkannya kembali seringkali berdoa semoga ianya akan muncul di hadapan aku,,
kehidupan ini ibarat roda,, terkadang kita di bawah, terkadang kita di atas,,,
bila kita di bawah kita terlalu mengharapkan kita di belai, di kasihi dan sebagainya,,
tetapi apabila kita di atas,,,kita terlalu mendongak ke atas,,

diri ini terlalu naif untuk mendapatkan segalanya,,
diri ini terlalu daif untuk memenuhi segalanya,,
apalah daya untuk memenuhi tuntutan peribadi manusia.,
diri ini tidaklah sempurna untuk mendapatkan segalanya,,
diri ini tidaklah sempurna untuk memberikan segalanya,,
aku yang masih berusaha seraya terus berusaha untuk mendapatkan nya,,

terkadang aku menangis seorang diri,,
terkadang aku ketawa sendiri,,
terkadang aku termenung sendiri,,
semuanya adalag kerna aku ingin mendapatkan nya,,
tetapi,,aku masih lagi tidak berdaya melawan kehendak ku lantas mengatasi segala yang ada,,
aku masih tidak mengerti akan apa, mengapa, dan kenapakah aku harus selalu di uji sedemikian rupa tatkala aku masih lagi bersedih dumba jauh dalam lubuk hati kecilku..

sedih mengenang nasib diri,,sedih mengenang kelemahan diri,,
mengapa ianya harus berlaku di kala ini,,
mengapa ianya harus terjadi di saat ini,,
ALLAH azzawajalla,,
bantulah aku,, sememangnya butir2 permata di pipi ini tatkala ini tidak dapat ditahan lagi,,
bantulah hamba mu ini ya ALLAH,,
aku yang selalu mengharapkan pertolongan dari mu ya ALLAH,,
berikanlah aku kekuatan dalam usaha aku menempuh segala tomahan, dugaan serta segala cabaran dalam hidup ini,,

Saturday, January 8, 2011

UJIAN DEMI UJIAN..

apalah daya ku untuk menahan ujian daripada ALLAH AZZAWAJALLA,
apalah dayaku untuk meminta kenikmatan daripada ALLAH sedangkan aku ini insan yang hina dan bnayak melakukan maksiat dan murka.
apalah dayaku untuk menikmati setiap hirupan nafas yang segar setaip hari jika hati dan minda ini di belenggu dengan kegelisahan dan ujian yang sangat mencabar kehidupan aku sebagai seorang anak, pelajar dan juga sebagai hamba ALLAH yang lemah,, ALLAH HUAKBAR..
 mengapalah hidup aku tidak pernah ditampakkan ceria, mengapakah hidup aku tidak sehebat orang lain, mengapakah aku sering kali di uji dengan ujian yang sangat kuat..
kasihani aku untuk keluargaku tetapi diri aku sungguh derita,, bahagia untuk ahli keluargaku tetapi aku di bahana.
ALLAH huakbar,, mana satu pilihan untuk aku tampak gah untuk menjalani kehidupan yang sempurna seperti insan2 lain.
aku masih tidak mengerti erti kehidupan yang realiti,, selama ini aku masih berfantasi di alam khayalan, selama ini aku masih di buai mimpi2 indah yang langsung tidak menGendahkan aku untuk berhadapan dengan hari muka,,betapa berat nya ujian ini ALLAH. sekiranya aku mampu untuk mengharunginya ya ALLAH, engkau tunujukkan lah jalan yang sesuai untuk aku keluar daripada kepompong kesusahan apatah lagi kesedihan. aku yang sangat megharapkan belas ihsan daripada mu ya ALLAH.. kurniakankah aku segala macam pelbagai bentuk bantuan untuk aku meghadapi seantero ujian mu dan kayakan lah aku dengan rezeki yang melimpah ruah daripada-MU ya ALLAH..
hambamu memohon dengan nada yang sangat mengharap ya ALLAH.. perkenankanlah munajat hambamu ini ya illahi,,

coretan hati BMG~

Monday, December 20, 2010

HASRAT SEORANG PUJANGGA~

Terdetik hati KU di saat ini untuk mencoretkan sedikit luahan hati kecilku,,
AKU seringkali terfikir dan terbayang di benak fikiranku,,apakah ada yang mengingati AKU sekiranya AKU diambil oleh yang maha kuasa? masihkan ada yang teringat untuk mendoakan AKU? masih wujudkah hamba yang berfikir akan diri AKU? fikiran AKU lantas di pintas butir-butir permata yang mengalir di pipiku di keheningan malam ini,, 
AKU sangat menyayangi keluarga AKU,, IBU,AYAH,KAKAK,ABANG dan semuanya,,mereka adalah penawar diriku di kala hatiku tidak terubat,, mereka adalah penyembuh tatkala hatiku meronta mencari penyembuh yang berkesan walaupun mereka sering kali tidak mengendahkan perasaan masing-masing,,, tetapi AKU tetap besyukur akan kehadiran mereka di sisi AKU,, mereka adalah segalanya,, AKU ingin melihat keluarga AKU bahagia selamanya,, jika AKU di beri peluang daripada ILLAHI ingin AKU gantikan seluruh jiwa dan ragaku untuk mereka hidup bahagia kerna AKU tidak mampu melihat mereka bersedih dan berduka lara,, biarlah mereka hidup dalam keadaan yang tenang dengan kehadiran mereka yang tersayang,, jika AKU berhak memilih untuk siapa yang akan pergi dahulu ternyata AKU sendiri yang ingin merelakan pemergian diriku,, tetapi ianya adalah urusan ILLAHI yang tidak terjangkal dek fikiran cetekku,, AKU yang amat merindui serta menyayangi keluarga bagaikan AKU menjaga harga diriku sebagai seorang mukmin yang terbaik,, 
ya RABB,,
berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan segala perjuangan serta kesulitan yang dilemparkan oleh-MU yang maha esa serta yang maha mengetahui segalanya,,

Masih adakah mereka yang ingin melihat pusara AKU di kala AKU dikembalikan kepada penciptaku?
Masih adakah mereka yang ingin menyampaikan YASSIN di kala AKU memerlukanya?
Masih adakah mereka yang ingin mengingati wajahku tatkala AKU sendirian di sana?
Masih adakah mereka yang mampu menemani AKU di kala AKU kesunyian di sana?
Masih adakah mereka ini?

 ALLAH yang maha pengasih serta maha penyayang,,,
AKU bermohon pada-MU ya ALLAH,, seandainya AKU adalah insan pilihan-MU di antara kalangan keluargaku, AKU bermohon padamu YA RABB,, engkau ampun kan lah dosa-dosa mereka yang zahir mahupun yang batil,, engkau berikanlah hidayah dan petunjuk untuk mereka supaya mereka diterangi dengan jalan-jalan yang engkau redhai,, sesungguhnya engkau lah tempat untuk AKU mengadu dumba perasaan sedih di hati ini YA ILLAHI,,
semoga segala usaha dan doaku dikabulkan hendaknya oleh-MU ya ALLAH,,

insan yang merintih kesedihan dan penuh mengharap,,
BMG~