Sunday, September 5, 2010

H.A.T.I

Di Sudut Kamar Hati Ku
Artist: Jamal Abdillah

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman


hati ini adalah milik illahi yang penuh dengan persoalan yang kadang kala tidak dapat di jawab oleh benak fikiran..walaupun ia nya hanyalah sekecil zarah tetapi ianya mampu membuatkan kita menjadi risau,sasau dan sebagainya.. hati ini tidak pernah menipu diri tetapi gerak tubuh yang selamba yang selalu menipu diri seakan menggayakan apa yang tidak pasti dan apa yang tidak mampu diluahkan,,

perasaan kasih,sayang,cinta dan sebagainya adalah hadirnya dalam hati lalu dilontarkan menggunakan lidah yang selalu berkata-kata,,,kadangkala lidah hanya mampu menidakkan apa yang benar dan sahih tetapi hati tidak,, hati adalah kurniaan illahi yang tidak ternilai yang tidak pernah mengajar perbuatan lagha. 


 "mungkin kamu adalah contoh yang menjadikan aku lebih sempurna dalam kehidupan seharian aku,,mungkin kamu juga telah merubah kasih dan sayang aku selama ini menjadi lebih kuat dan erat terhadap hati.mungkin jua kamu telah menjadikan aku adalah aku.. aku menyayangi mu bukan kerana kamu adalah yang paling cantik tetapi aku menyayangi m adalah kerna agama mu."

"aku menyayangi mu adalah kerna agamamu,jika hilang agamamu maka hilanglah cinta aku kepadamu"...