Sunday, February 27, 2011

IMPIAN TERSERLAH KENYATAAN

Salamunalaikh,,

dah lame rasanye saya x mencoretkan ape2 di blog ni, tetapi hari ini saya hadir dengan sedikit berita yang gembira dan pastinya yang sungguh bermakna di dalam hidup ini. Mungkin ianya bukan benda baharu untuk tatapan orang lain tetapi bagi saya ianya adalah benda baharu yang belum pernah saya alami semenjak saya membesar dalam lingkungan usia 20-an ni. Perkara yang saya maksudkan adalah KONSERT MAHER ZAIN live in dewan malawati shah alam. Saya amat bertuah dan berbangga kerana dapat menghadiri konsert yang berasasakan dakwah islam di mana kita sendiri dapat lihat maher zain adalah penyanyi baru dalam industri hiburan di MALAYSIA tetapi jika dilihat secara total, betapa luasnya aura beliau dalam usaha untuk menyampaikan dakwah dalam bentuk hiburan sehingga dapat menggamit masyarakat MALAYSIA terutamanya golongan-golongan muda untuk turut serta menjayakan misi serta konsertnya yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 25 FRBUARI sehingga 26 FEBRUARI. Semalam adalah konsert beliau yang terakhir saya hadiri tetapi sokongan dan penyertaan penonton MALAYSIA adalah sangat mengasyikkan dan membaggakan. Walaupun ada yang hadir dari jauh semata-mata untuk menantikan kehadiran serta kemunculan maher zain, mereka tetap sabar menanti dan terus menanti sehingga waktu konsert berlansung. Saya amat terharu melihat ada juga dalam kalangan penonton yang bukan beragama islam juga turut hadir dan membeli tiket untuk melihat sendiri keajaiban konsert maher zain pada malam tersebut. Semoga mereka dikurniakan hidayah daripada ALLAH s.w.t untuk memeluk agama islam dengan adanya usaha maher zain untuk menyampaikan dakwah berbentuk hiburan. Pada malam tersebut tampak jelas maher zain sangat letih untuk beraksi setelah semalaman bernyanyi, tetapi demi agama serta DAKWAH yang ingin disampaikanya, beliau langsung tidak mengecewakan walaupun sedikit terhadap peminat-peminatnya yang mengharapkan beliau tampil dengan semangat membara demi untuk membantu agama ALLAH yang makin hari makin hilang ditelan dek zaman. Ikutkan hati ingin saja saya pergi ke pentas dan memeluk maher zain dengan se erat-erat nya dan mengucapkan tahniah kerana berjaya membawa sejarah lembaran baru kepada agama ALLAH dalam usaha untuk berdakwah ke jalan yang di redhai, tetapi apakan daya, ianya tidak mampu dilakukan kerna batas-batas masa dan kawalan rapi daripada pihak penganjur. Walau bagaimanapun, saya tetap berbangga dan terhibur dengan persembahan maher zain dan sempat menitis kan air mata kegembiraan dan kesedihan dek kerana suara beliau, rintihan beliau serta penghayatan beliau di dalam lagu yang diutarakannya, Beliau sungguh menakjubkan. Insyallah jika diberi keizinan dan kelapangan masa daripada ALLAH s.w.t akan saya hadiri konsert seterusnya daripada maher zain pada masa akan datang. INSYALLAH.