Thursday, November 18, 2010

PERGI NYA SEORANG SERIKANDI PENEGAK AGAMA,,,

MOHD LUQMAN BIN RAZALI,,


sudah 2 miggu rasanya engkau meninggalkan aku dengan perasaan yang sungguh sayu dan hening,,
sudah 2 migggu juga aku rasa sepi tanpa kehadiran mu disisi,,
apalah erti nya kehidupan aku tanpa senyum sinis mu,,gelak tawamu,,gurau senda mu yang selama ini selalu mencuit hati aku di kala hati ini dahagakan keriangan yang berpanjangan,,


aku bermimpi akan kehadiran mu di sisi ini seolah olah engkau tidak menunjukkan sebarang tanda yang engkau akan pergi untuk menemuI illahi se awal usia mu dan semuda usia ku,,
engkAu bercakap dengan ku seolah olah engkau sihat lebih sihat daripada aku yang serba kekurangan ini,,
sekali,,fikiran ku di sambar keheningan malam yang seolah olah menyapa aku untuk duduk bertafakur menghadap illahi untuk menadah tangan berdoa untuk engkau supaya engkau dipanjangkan umur dan dikurnia kan kesihatan yang menyeluruh,,


aku duduk sambil bertafakur lalu berdoa kepada ALLAH s.w.t " YA ALLAH,,AMPUNKANLAH SEGALA DOSA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH UMAT MANUSIA TERUTAMANYA TEMAN SEJATI KU MOHD LUQMAN BIN RAZALI YANG SEDANG MENITII AKAN SEGALA CABARAN DAN DUGAAN YANG SANGAT HEBAT DAN BERAT YANG HADIRNYA DARIPADA MU YA ALLAH,,SEMOGA BELIAU TABAH DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN CABARAN YANG ENGKAU LEMPARKAN KEPADANYA YA ALLAH,,"


butir-butir permata ku membasahi kebeningan malam,,sukar untuk aku menahan nya daripada jatuh menimpa bumi,,
alangkah indahnya hidup ini jika aku mampu mengubah masa dengan sekelip mata,,alangkah indahnya dunia, jika nyawa seseorang boleh di tukar ganti,,alangkah indahnya dunia jika hari boleh dikembalikan semula,,tetapi itu semua adalah impian yang tidak mungkin menjadi kenyataan,,ianya adalah illusi yang tidak mampu ditunaikan oleh hamba ALLAH yang bergElar manusia,,


MOHD LUQMAN BIN RAZALI,,


apakah engkau bahagia di sana? adakah engkau tidak teringin untuk melawat aku di dunia yang sungguh fana ini,, aku yang amat merinduimu sungguh terasa kehilangan mu disisi ini,,
hadirlah walaupun sedetik wahai sahabat yang lama telah meninggalakan ku,,aku ingin mengucup serta mendakap tubuhmu se erat2 nya untuk aku melepaskan kerinduan yang teramat sangat,,
hari berganti hari,,,detik berlalu begitu pantas seolah-olah tidak menuggu aku untuk terlebih dahulu untuk mengucap selamat tinggal kepadamu serta rakan2 yang lain,,
ALLAH lebih mengetahui serta lebih menyayangi mu untuk tidak berbuat kemungkaran serta maksiat di muka bumi ini,,


MOHD LUQMAN BIN RAZALI,,,


teringat aku sewaktu kita berdua menjamu selera lewat tengah malam,,, waktu itu setelah selesai aku menjamu selera aku mahu beredar untuk ke bilik untuk menyiapkan "homework" yang telah lama aku tinggalkan,, dalam pada masa yang sama engkau memegang tangan ku lalu menyapa " alifh sampai hati kau tinggalkan aku seorang diri"? x kesian kat aku ke? aku yang merasa hairan dan pelik tidak meletak syak wasangka terhadap keadaan tersebut,,lalu aku menemani engkau untuk menghabiskan sisa2 makanan yang belum habis di jamah lagi,, 2 hari kemudian berdering "handphone" aku megutarakan engaku mengalami kemalangan jalan raya yang teruk,, berdegup laju jantung aku membayangkan suasana dan keadaan engkau pada saat dan ketika itu,,
kerna dek terlalu risau, aku bergegas untuk menemui mu untuk berusaha selagi apa yang termampu untuk menyelamatkan mu,,


MOHD LUQMAN BIN RAZALI,,


semiggu engaku tidak sedarkan diri di hospital membuatkan aku sering memikirkan kondisi engkau sehingga aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa yang akan menghadapi peperikasaan akhir semestar yang akan hadir dalam beberapa hari sahaja lagi,, demi engkau aku sanggup berkorban masa dan tenaga aku demi untuk melihat engkau sedar dan bercakap dengan ku seperti sedia kala,, harapan aku bertambah hampa apabila hari silih berganti tanpa melihat sebarang kesan positif daripada engkau,,, aku tetap berdoa agar engkau disembuhkan dengan segera dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala,,
tetapi, malangnya engkau tidak dapat mendengar kata-kata ku,,berlinang mutiara2 kecil di kelopak mataku,,


MOHD LUQMAN BIN RAZALI,,,


sahabtku LUQMAN jika engkau dapat mendengar,jika engkau dapat melihat,jika engkau dapat menatap segala apa yang aku coretkan untuk engkau pastinya engkau akan tersenyum manis kerana engkau tahu AKU AMAT MENYAYANGI MU SEBAGAI SAHABAT YANG PERNAH BERSAMA AKU SELAMA INI YANG BANYAK BERKONGSI KISAH HIDUP PAHIT DAN GETIR,,


Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati




sahabatmu yang amat merinduimu,,,selamat berjuang wahai sahabatku di dunia mu sana,,aku akan senantiasa tidak akan melupakan engKAU sehingga akhir hayatku,, INNALILLAH,,,


                 AL-FATIHAH~~~

MOHD LUQMAN BIN RAZALI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI AHAD BERSAMAAN PADA  7 NOVEMBER 2010, 1.30 TENGAH HARI,,