Monday, April 25, 2011

AKU TETAP AKU!

AKU HANYALAH AKU,,,

Hidup ini penuh dengan onak dan ranjau yang berduri yang perlu didalui oleh setiap manusia ciptaan ALLAH s.w..t,, Setiap liku-liku yang diharungi memberi seribu satu tanda tanya dan juga sejuta satu persoalan akan apakah ianya perlu di tempuh mahupun tidak,,
Dalam hidup ini, sangat sukar untuk membuatkan manusia memahami apa yang tersurat di hati kita, apa yang tersirat di fikiran kita, tetapi sangat mudah dan senang untuk kita memahami diri mereka. Aku yang masih kebingungan dalam khayalan terus menjadi alpa dek kerana memikirkan apakah ianya perlu untuk AKU tempuh, adakah ianya adalah salah satu ujian tatkala diri ini masih lagi di uji, benarkah ianya adalah refleksi dari apa yang telah AKU lakukan sejak berkurun lama ini? AKU masih lagi mencari-cari dimana letaknya kebenaran, AKU masih lagi terekedip-kedip mencari dimanakah letaknya aras petanda untuk AKU rujuki?
Entahlah, AKU tidak mengerti akan apakah sebenarnya keinginan DUNIA FANA ini, AKU seakan tidak mengerti akan apakah kehendak MANUSIA sejagat di dunia fana ini. Hendak dibuang mati emak, Hendak di telan mati anak.
Benar, setiap perbuatan baik akan di balas oleh ALLAH s.w.t bukan dapat dibalas oleh manusia duniawi, tetapi BUKALAH MATA wahai manusia yang dikatakan  "LELAKI STRAIGHT",,  Bukankah kita diciptakan dengan tujuan yang sama yakni mengabdikan diri kepada ALLAH s..w..t? Jangan dek kerana "STRAIGHT" itu menjadikan kamu sunggug taksub untuk tidak mengendahkan manusia lain, jangan dek kerana "STRAIGHT" itu menjadikan kamu sungguh mementingkan diri, dan jangan dek kerana "STRAIGHT" itu menjadikan kamu sungguh angkuh menujukkan "KELAKIAN" kamu,, sedarlah ianya adalah pinjaman semata yang hadir daripada ALLAH s..w.t,,
AKU tidak berhak untuk membenci kejadian kamu apatah lagi untuk menghukum secara fizikal mahupun mental kerana ianya adalah milik ALLAH,, DIA-lah yang berhak memperlakukan sedemikian rupa tetapi bukan AKU ,lelaki lemah,,,, Cuma AKU merasa terpanggil untuk membenci sikap dan perangai kamu yang sememangnya memberi gambaran dan tanggapan buruk terhadap kaum sejenis mu!

JANGAN DEK KERANA STRAIGHT, PUTUSNYA JALINAN SAHABAT, JANGAN DEK KERANA STRAIGHT, PINCANGNYA UKHWAH SEJAGAT, DAN JANGAN DEK KERANA STRAIGHT HATI DAN FIKIRAN MU MENJADI BUTA WAHAI SAHABAT!