Monday, August 30, 2010

cinta illahi dan cinta manusia


Assalamualaikum w.b.t,,,
    
 salam dinihari daripada ana buat rakan2 yang mengikuti bahan tulisan ana dari semasa ke semasa.. Di harapakan rakan2 semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat ALLAH di dalam bulan ramadhan AL-MUBARAK ini,," CINTA ILLAHI DAN CINTA SANG MANUSIA".. sekilas pandang tajuk ini amat membosankan tetapi bagi ana, ana rasa tajuk ini perlu dibicarakan dalam konteks mengenali apa itu cinta kepada ALLAH dan apa itu cinta kepada MANUSIA.

pada pandangan mata kasar ana dan kecetekan ilmu serta pemikiran yang ada pada ana, ana mengklasifikasikan  cinta adalah satu sentuhan,pandangan,perasaan dan juga perlakuan kita terhadap sesuatu benda hidup mahupun yang tidak bernyawa. Sebagai contoh, cinta kepada ibu bapa dan adik beradik, ini adalah salah satu perasaan terhadap benda yang bernyawa. selain itu juga, cinta terhadap alam persekitaran juga adalah salah satu perasaan terhadap benda yang tidak bernyawa (maksud ana yang tidak boleh berkomunikasi secara lisan terhadap sesuatu benda). itulah definisi cinta dalam kamus hati ana. mungkin terdapat sedikit perbedaan definisi terhadap rakan2 yang lain kerana setiap manusia yang berakal dan berfikir mempunyai pendapat nya yang tersendiri. apapun itu hanyalah definisi spontan yang lahir daripada hati ana sendiri.

cinta kepada illahi? apakah makna disebalik frasa tersebut? adakah ianya hanya illusi ataupun sekadar lahir di pinggir bibir sahaja? sebagai seorang hamba yang sangat kerdil di bawah ciptaan ALLAH, ana sedaya upaya untuk menyatakan bahawa cinta yang agung adalah cinta kepada ILLAHI dan tiada cinta yang terulung dan setanding cinta kepada illahi. tetapi, jika sekadar membelit lidah menyusun kata untuk menyatakan bahawa kita cinta kepada illahi tanpa melakukan sebarang reaksi juga tidak memberi apa2 makna dalam erti kehidupan kita seharian. Oleh yang demikian cinta jika ditambah dengan sentuhan,perasaan,pandangan dan sebagainya akan membuahkan hasil yang sangat indah. Sentuhan adalah berdasarkan sentuhan syariat islam yang perlu dipatuhi bagi mengatasi segala perkara2 mazmumah daripada melanda diri dan sebainya. Perasaan adalah berdasarkan perasaan ingin tahu tentang keesaan ALLAH s.w.t dan mengamalkannya serta mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Pandangan adalah berdasarkan melihat kejadian ALLAH yang tidak dapat ditandingi oleh manusia kerdil seperti kita serta bersyukur dengan kejadian alam yang telah dinanugerahi oleh-NYA. oleh yang demikian, terbentuklah cinta kepada illahi dengan dengan kemanisan iman yang disaluti dengan keredhaan daripada ALLAH s.w.t
cinta kepada manusia? adakah ia perlu? adakah ia akan menjurus kepada perlakuan ataupun perbuatan lagha? 
Bagi ana, cinta kepada manusia juga perlu bagi memenuhi tuntutan syariah di mana hidup berpasangan lelaki dan perempuan adalah perlu bagi mengekalkan zuriat keturunan adam dan hawa. Di dalam konteks AL- QURAN, perkataan zawaj digunakan membawa maksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinanALLAH s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Maka disni jelas menunjukkan bahawasanya ALLAH telah mengalakkan perkahwinan bagi mengelakkan berlakunya zina dan seumpama dengannya. Sejarah perkahwinan yang pertama adalah daripada adam dan hawa di mana perhubungan mereka berdua telah mendapat kebenaran daripada ALLAH s.w.t tujuannya adalah untuk membiakkan generasinya untuk memerintah bumi serta mendiaminya secara sementara.

Antara kedudukan perkahwinan di dalam islam ialah :- 

-Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. 

-Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. 

-Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan 

-Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat 

-Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

berikut adalah kedudukan perkahwinan yang ditetapkan di dalam islam di mana setiap hamba yang beragama islam wajib mematuhi segala peraturan tersebut. 
Ana sering kali terfikir di benak fikiran ana di mana apakah hukum bagi orang yang "bercouple"?? adakah ianya haram? adakah ianya salah satu keperluan sebelum menjalani proses perkahwinan?
sebelum ini ana ada terbaca sebuah artikel di mana bercouple adalah haram di sisi undang2 islam?
baiklah, bagi ana, sekiranya ana ingin mengeluarkan pendapat berkenaan hubungan tersebut ana akan mengolah begini , bagi ana bercinta ataupun bercouple sebelum mendirikan rumah tangga adalah satu keperluan bagi sesorang untuk mengenali hati budi masing2. Jika dilihat dari sudut yang berbeza di mana majoriti perlakuan dan perbuatan adalah dimulakan oleh kaum adam. Oleh yang demikian, tidak salah jika perkenalan awal dibentuk selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran islam dan tidak menjurus kepada berlakunya maksiat dan perbuatan lagha. Merujuk kepada peribahasa " bagai timba mencari perigi" jelas menunjukkan bahawa kaum adam ataupun lelaki adalah orang yang memulakan setiap perlakuan dan perbuatan di mana mereka adalah dalam kalangan yang di jadikan untuk membela serta melindungi kaum hawa ataupun wanita daripada segala ancaman bahaya yang boleh memudaratkan kaum tersebut.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama' yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dalam kalangan ulama' Fekah terdapat beberapa orang ulama' yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

 Hal ini demikian jelas menunjukkan bahwa cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. Niat untuk menanam perasaan cinta jelas tidak melanggar syariat islam dan  fitrah dimana ianya adalah salah satu fitrah kejadian semulajadi untuk manusia yang ingin kan pasangan hidupnya. Sehubungan dengan itu, perhubugan menjalinkan pertalian adalah perlu didik dengan cara yang sempurna dan tidak lari daripada konteks sebenar ajaran islam di mana islam menekan kan penjagaan batas2 aurat,pergaulan dan sebagainya. Jika ianya dapat dipenuhi, maka insyALLAH, perhubungan yang baik dah ikhlas dapat dibentuk seterusnya dapat menyemai perasaaan cinta dan sayang sesama manusia dan juga menjadikan kita sebagai manusia yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga perhubungan yang dijalinkan.

oleh yang demikian, ana rasa tidak perlu saudara mahupun saudari sempitkan pemikiran kita dengan bahana2 yang dapat membelenggu kita daripada melakukan sesuatu yang baik kerana setiap perlakuan yang dilakukan adalah hasilnya daripada pemikiran dan juga gerak hati manusia itu sendiri. Sekiranya hati dan pemikiran meletakkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya adalah baik tetapi dimasukkan dalam konteks yang salah ataupun dilarang, maka setiap perbuatan akan jadi terbatas walaupun ianya kadang2 hanyalah ingin mengaburi penglihatan dan pemirikan kita sebagai seorang manusia yang kononya mampu berfikir jauh lebih matang dan jitu terhadap sesuatu perlakuan tetapi pada asalnya ianya adalah mejerat hati dan pemikiran cetek kita.


sekian ini lah yang dapat ana coretkan untuk rakan2 sekalian, InsyALLAH jika dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik ana akan coretkan tentang isu2 yang lain untuk tatapan bersama..

sekian,terima kasih,,  massalam,,,
 

Sunday, August 29, 2010

sahabat VS kawan

"Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. "

sahabat dan kawan? apakah yang dapat difahami di antara kedua-dua konologi itu. Bagi ana, jika ingin diklasifikasikan antara sahabat dan juga kawan ana akan akan  kelaskan di mana sahabat adalah seorang yang dapat menerima diri kita yang seadanya, memahami perasaan antara satu sama lain, dapat berkomunikasi dengan baik dan juga membawa kita ke arah yang sempurna dan bukan ke arah yang "lagha". Tetapi lain pula maksud ana bagi kawan. Bagi ana kawan adalah dapat diumpamakan sebagai "easy come and easy go
"..kerana apa ana berkata begitu kerana sikap,perwatakan dan juga perbezaan dalam berkomunikasi, membantu antara satu sama lain dan sebagainya adalah sangat berbeza jika ingin dibandingkan antara sahabat. sekiranya perletakan maksud ana untuk membezakan antara sahabat dan kawan adalah salah ana memohon maaf tetapi WALLAHI itulah yang ana rasa dan fikirkan sehingga ke hari ini. mungkin semua tertanya2 kenapa ana mengeluarkan topik ini untuk dibicarakan. Bagi ana, ana ingin membuat penjelasan di mana selalunya ramai yang berkata ana adalah seorang lelaki yang sombong dan tidak tahu merapatkan hubungan antara satu sama lain. sebenarnya ana bukan lah seperti yang disangkakan cuma ana sebenarnya memilih sedikit untuk menjalinkan hubungan sebagai seorang sahabat. kerana bagi ana sahabat adalah orang yang dapat membantu ana dalam usaha untuk meletakkan diri ana ke satu tempat yang baik. ana adalah dalam kalangan manusia yang memerlukan banyak bimbingan serta dorongan daripada seorang sahabat. jika rosak sahabat ana maka rosaklah ana. "sahabat adalah manusia yang sebenarnya mencerminkan perilaku kita"

seperti yang di tafsirkan oleh azlanlin di dalam blog nya, "Kawan hanyalah teman berbual dan berborak apabila keperluan itu diingini. Mudah kata, kawan kedai kopi. Banyak ruang peribadi yang tidak boleh dimasuki atau dicerobohi. Cerita-cerita atau masalah-masalah yang dihadapi takkan dikongsi. Kebiasaannya kawan hanya boleh berbicara dalam ruang sosial sahaja. Taraf kawan lebih kepada kawan ketawa."

tetapi lain pula pendapatnya bagi sahabat di mana beliau mentafsirkan sahabat adalah, "lebih kepada penceritaan yang melibatkan emosi dan permasalahan yang berlaku dalam hidup kita. Umpamanya, perasaan suka duka boleh dikongsi bersama. Hinggakan sahabat juga adalah tempat meluahkan perasaan dan mampu meminjamkan bahu mereka untuk bersandar dan lengan baju sahabat juga tempat menumpahkan air mata dan hingus akibat penceritaan permasalahan yang melanda. Seringkali situasi ini menjurus kepada wanita kerana wanita akan berasa tenang setelah menitiskan air mata mereka. Sahabat seperti ini dikatakan kawan menangis yang sukar dicari".

bagi ana, apa yang di tafisrkan oleh azlanlin itu adalah bertepatan dengan makna bagi seorang sahabat dan kawan. Bukan mudah untuk kita memiliki seorang sahabat yang dapat memahami diri kita dan sebagainya tetapi mudah untuk kita memiliki beribu kawan yang bagi ana mereka adalah teman untuk kita berbual,bergelak ketawa dan sebagainya.

ana amat tertarik dengan puisi yang dicipta oleh fairuji di dalam blog nya dimana puisi nya berbunyi:
  
kawan vs sahabat,,

Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza.
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya…
berkawan hanya sekadar dikenali,
bersahabat lebih mengenali,
kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,
kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,
penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,
naik hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,
jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,
punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya.

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا  (QS 17:36)

 Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, ..semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Dalam hadis lain juga ada menyebut di mana rasul telah bersabda iaitu: 

“akan ada beberapa kelompok manusia yang akan mendapat naungan Allah dimana pada saat itu tidak ada naungan selain naungan-Nya, dan salah satu diantara mereka  adalah orang-orang yang bersahabat dan berpisah karena Allah.

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa.” (Az-Zuhruf: 67)
 “Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang dzalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, “Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul (27) wahai! Celaka aku! Sekiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku.” (Al-Furqan: 27-28).

sekian saja daripada ana untuk dikongsikan bersama rakan2 semua, semoga apa yag ana kongsikan di sini dapat diterima pakai dalam kehidupn seharian khususnya untuk membezakan antara sahabat dan juga kawan. sekiranya terdapat silap dan salah ana menyusun jari sepuluh memohon maaf.  
p/s: bersama memberi pendapat anda dengan mengisi kotak komen di bawah,,

 

ramadhan and syawal is good combination

Hari Raya Puasa is a very important occasion that is celebrated by Muslims all over the world. It is also known as the festival that marks the end of one month of fasting. The words ‘Hari Raya’ mean 'day of celebration.' Many mistake Hari Raya Puasa for the Muslim New Year but it is not. 
So, before we proceed to the hari raya celebration let's us ponder a moment about ramadhan known as fasting month for the muslim.
What is Ramadan? Ramadan is the name of the one-month fasting period when Muslims fast for a period of almost 12 hours. They fast from dawn till sunset. It is a known fact that during the period of fasting, apart from eating and drinking Muslims are also forbidden from smoking and having sexual relations. Only the sick are excused from fasting during this month. Muslims are expected to avoid lying, breaking promise or cheating during the month of Ramadan. The primary purpose of fasting during Ramadan is to remind all Muslims of self-control and submitting to Allah, the holy one. Even young kids are taught to fast when they are young. 

what are the preparation to undergo ramadhan?

 When we know we are to attend a wedding, we begin to plan and prepare from days and even weeks in advance. We pay much attention to detail so that we arrive to the function on time, are dressed up smartly with clean/ new shoes, have organised a place to stay, eat carefully so as not to ruin our clothing and so on. In a similar way we prepare and plan for other important events, functions, interviews etc.
However, when it comes to approaching our Islamic duties/ obligations we do so little in advance, especially for ramadhan. For some reason we feel we can flick a switch and become great pious personalities overnight. In fact, while this may work short term, in the long term you will more likely ‘burn out’ and return to your former self or in a worse condition. Is it not true afterall that in the middle of the month Ramadan the Masjid halls during taraweeh are at half capacity to what they were in the first few days?? Therefore it is much better we prepare and plan for our deeni activity, much like we do for the dunya ones and inshallah in this manner we can make the most of the blessed month of Ramadan and remain consistent upon the a’maal we adopt. Here, I've attached several activity that we can do during ramadhan or in fasting month.


-increase the recitation of quran. If possible, complete a minimum of 1 part to daily so as to make 1 whole complete recital of the Holy Quran during Ramadan.  
-try to perform 4 rakaah of tahajjud before partaking the subuh.  
-learn a,or many prophetic of duas in arabic  
-As much as one can keep Allah in your heart by doing Dhikr(zikir) for example: La ilaaha illallah, Allahu-akbar, Subhan-Allah, Alhumdulillah etc.  
-Devoting more sincerity and concentration into our existing daily prayers.  
-Try and utilise the month to give up smoking.  
-For the more foul mouthed amongst us, try to refrain from swearing the whole month. Friends can help here by lightly hitting or gently reminding his/ her friend each time they swear that they shouldn’t do it.
 As we'll know that to accomplish our fasting not just only do the barakah activities that i've listed out above, but all musim should take the pre-dawn meal which is we call it sahur.It is recommended for Muslims to eat a pre-dawn meal each day before the fast begins because the Prophet, may the peace and blessings of Allah be upon him, is reported by Anas (may Allah be pleased with him) to have said:- "Eat a pre-dawn meal for there are blessings in it." (Bukhari and Muslim;
 "The pre-dawn meal is blessed so do not neglect it even if you only take a sip of water. Verily, Allah and His angels pray for those who have pre-dawn meals." (Ahmad).

The pre-dawn meal provides energy and other benefits to the fasting Muslim during the day so it makes good sense to plan on getting up early to have sahur. Of course this is better accomplished if you also sleep early so try to think about how you will arrange your schedule once Ramadan begins. If you typically have trouble waking up for the fajr (dawn) prayer, a new schedule in Ramadan may be the motivation you need to change your habits for the better even after Ramadan has ended. Ramadan is a great opportunity that comes once a year to renew your relationship and commitment to Allah.

So, in general we already know that there is no devil or in related with them who can disturb us from doing the right things in fasting month,definitely we feel easy to obey ALLAH rule which is not to do any wrong things. well, when there is no devil hiding in our self, the possibility of making a huge sin is actually decreased perhaps there is no sin making by us. In the mean time, we actually can relate why ramadhan and syawal is actually a good combination of month.

Before i'm putting off my pen, again i would like highlight regarding fasting month which is we as a muslim should improvise our aamal toward our almighty so that we together can score the barakah from HIM.
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN,,