Monday, August 30, 2010

cinta illahi dan cinta manusia


Assalamualaikum w.b.t,,,
    
 salam dinihari daripada ana buat rakan2 yang mengikuti bahan tulisan ana dari semasa ke semasa.. Di harapakan rakan2 semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat ALLAH di dalam bulan ramadhan AL-MUBARAK ini,," CINTA ILLAHI DAN CINTA SANG MANUSIA".. sekilas pandang tajuk ini amat membosankan tetapi bagi ana, ana rasa tajuk ini perlu dibicarakan dalam konteks mengenali apa itu cinta kepada ALLAH dan apa itu cinta kepada MANUSIA.

pada pandangan mata kasar ana dan kecetekan ilmu serta pemikiran yang ada pada ana, ana mengklasifikasikan  cinta adalah satu sentuhan,pandangan,perasaan dan juga perlakuan kita terhadap sesuatu benda hidup mahupun yang tidak bernyawa. Sebagai contoh, cinta kepada ibu bapa dan adik beradik, ini adalah salah satu perasaan terhadap benda yang bernyawa. selain itu juga, cinta terhadap alam persekitaran juga adalah salah satu perasaan terhadap benda yang tidak bernyawa (maksud ana yang tidak boleh berkomunikasi secara lisan terhadap sesuatu benda). itulah definisi cinta dalam kamus hati ana. mungkin terdapat sedikit perbedaan definisi terhadap rakan2 yang lain kerana setiap manusia yang berakal dan berfikir mempunyai pendapat nya yang tersendiri. apapun itu hanyalah definisi spontan yang lahir daripada hati ana sendiri.

cinta kepada illahi? apakah makna disebalik frasa tersebut? adakah ianya hanya illusi ataupun sekadar lahir di pinggir bibir sahaja? sebagai seorang hamba yang sangat kerdil di bawah ciptaan ALLAH, ana sedaya upaya untuk menyatakan bahawa cinta yang agung adalah cinta kepada ILLAHI dan tiada cinta yang terulung dan setanding cinta kepada illahi. tetapi, jika sekadar membelit lidah menyusun kata untuk menyatakan bahawa kita cinta kepada illahi tanpa melakukan sebarang reaksi juga tidak memberi apa2 makna dalam erti kehidupan kita seharian. Oleh yang demikian cinta jika ditambah dengan sentuhan,perasaan,pandangan dan sebagainya akan membuahkan hasil yang sangat indah. Sentuhan adalah berdasarkan sentuhan syariat islam yang perlu dipatuhi bagi mengatasi segala perkara2 mazmumah daripada melanda diri dan sebainya. Perasaan adalah berdasarkan perasaan ingin tahu tentang keesaan ALLAH s.w.t dan mengamalkannya serta mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Pandangan adalah berdasarkan melihat kejadian ALLAH yang tidak dapat ditandingi oleh manusia kerdil seperti kita serta bersyukur dengan kejadian alam yang telah dinanugerahi oleh-NYA. oleh yang demikian, terbentuklah cinta kepada illahi dengan dengan kemanisan iman yang disaluti dengan keredhaan daripada ALLAH s.w.t
cinta kepada manusia? adakah ia perlu? adakah ia akan menjurus kepada perlakuan ataupun perbuatan lagha? 
Bagi ana, cinta kepada manusia juga perlu bagi memenuhi tuntutan syariah di mana hidup berpasangan lelaki dan perempuan adalah perlu bagi mengekalkan zuriat keturunan adam dan hawa. Di dalam konteks AL- QURAN, perkataan zawaj digunakan membawa maksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinanALLAH s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Maka disni jelas menunjukkan bahawasanya ALLAH telah mengalakkan perkahwinan bagi mengelakkan berlakunya zina dan seumpama dengannya. Sejarah perkahwinan yang pertama adalah daripada adam dan hawa di mana perhubungan mereka berdua telah mendapat kebenaran daripada ALLAH s.w.t tujuannya adalah untuk membiakkan generasinya untuk memerintah bumi serta mendiaminya secara sementara.

Antara kedudukan perkahwinan di dalam islam ialah :- 

-Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. 

-Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. 

-Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan 

-Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat 

-Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

berikut adalah kedudukan perkahwinan yang ditetapkan di dalam islam di mana setiap hamba yang beragama islam wajib mematuhi segala peraturan tersebut. 
Ana sering kali terfikir di benak fikiran ana di mana apakah hukum bagi orang yang "bercouple"?? adakah ianya haram? adakah ianya salah satu keperluan sebelum menjalani proses perkahwinan?
sebelum ini ana ada terbaca sebuah artikel di mana bercouple adalah haram di sisi undang2 islam?
baiklah, bagi ana, sekiranya ana ingin mengeluarkan pendapat berkenaan hubungan tersebut ana akan mengolah begini , bagi ana bercinta ataupun bercouple sebelum mendirikan rumah tangga adalah satu keperluan bagi sesorang untuk mengenali hati budi masing2. Jika dilihat dari sudut yang berbeza di mana majoriti perlakuan dan perbuatan adalah dimulakan oleh kaum adam. Oleh yang demikian, tidak salah jika perkenalan awal dibentuk selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran islam dan tidak menjurus kepada berlakunya maksiat dan perbuatan lagha. Merujuk kepada peribahasa " bagai timba mencari perigi" jelas menunjukkan bahawa kaum adam ataupun lelaki adalah orang yang memulakan setiap perlakuan dan perbuatan di mana mereka adalah dalam kalangan yang di jadikan untuk membela serta melindungi kaum hawa ataupun wanita daripada segala ancaman bahaya yang boleh memudaratkan kaum tersebut.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama' yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dalam kalangan ulama' Fekah terdapat beberapa orang ulama' yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

 Hal ini demikian jelas menunjukkan bahwa cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. Niat untuk menanam perasaan cinta jelas tidak melanggar syariat islam dan  fitrah dimana ianya adalah salah satu fitrah kejadian semulajadi untuk manusia yang ingin kan pasangan hidupnya. Sehubungan dengan itu, perhubugan menjalinkan pertalian adalah perlu didik dengan cara yang sempurna dan tidak lari daripada konteks sebenar ajaran islam di mana islam menekan kan penjagaan batas2 aurat,pergaulan dan sebagainya. Jika ianya dapat dipenuhi, maka insyALLAH, perhubungan yang baik dah ikhlas dapat dibentuk seterusnya dapat menyemai perasaaan cinta dan sayang sesama manusia dan juga menjadikan kita sebagai manusia yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga perhubungan yang dijalinkan.

oleh yang demikian, ana rasa tidak perlu saudara mahupun saudari sempitkan pemikiran kita dengan bahana2 yang dapat membelenggu kita daripada melakukan sesuatu yang baik kerana setiap perlakuan yang dilakukan adalah hasilnya daripada pemikiran dan juga gerak hati manusia itu sendiri. Sekiranya hati dan pemikiran meletakkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya adalah baik tetapi dimasukkan dalam konteks yang salah ataupun dilarang, maka setiap perbuatan akan jadi terbatas walaupun ianya kadang2 hanyalah ingin mengaburi penglihatan dan pemirikan kita sebagai seorang manusia yang kononya mampu berfikir jauh lebih matang dan jitu terhadap sesuatu perlakuan tetapi pada asalnya ianya adalah mejerat hati dan pemikiran cetek kita.


sekian ini lah yang dapat ana coretkan untuk rakan2 sekalian, InsyALLAH jika dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik ana akan coretkan tentang isu2 yang lain untuk tatapan bersama..

sekian,terima kasih,,  massalam,,,
 

No comments:

Post a Comment