Monday, December 20, 2010

HASRAT SEORANG PUJANGGA~

Terdetik hati KU di saat ini untuk mencoretkan sedikit luahan hati kecilku,,
AKU seringkali terfikir dan terbayang di benak fikiranku,,apakah ada yang mengingati AKU sekiranya AKU diambil oleh yang maha kuasa? masihkan ada yang teringat untuk mendoakan AKU? masih wujudkah hamba yang berfikir akan diri AKU? fikiran AKU lantas di pintas butir-butir permata yang mengalir di pipiku di keheningan malam ini,, 
AKU sangat menyayangi keluarga AKU,, IBU,AYAH,KAKAK,ABANG dan semuanya,,mereka adalah penawar diriku di kala hatiku tidak terubat,, mereka adalah penyembuh tatkala hatiku meronta mencari penyembuh yang berkesan walaupun mereka sering kali tidak mengendahkan perasaan masing-masing,,, tetapi AKU tetap besyukur akan kehadiran mereka di sisi AKU,, mereka adalah segalanya,, AKU ingin melihat keluarga AKU bahagia selamanya,, jika AKU di beri peluang daripada ILLAHI ingin AKU gantikan seluruh jiwa dan ragaku untuk mereka hidup bahagia kerna AKU tidak mampu melihat mereka bersedih dan berduka lara,, biarlah mereka hidup dalam keadaan yang tenang dengan kehadiran mereka yang tersayang,, jika AKU berhak memilih untuk siapa yang akan pergi dahulu ternyata AKU sendiri yang ingin merelakan pemergian diriku,, tetapi ianya adalah urusan ILLAHI yang tidak terjangkal dek fikiran cetekku,, AKU yang amat merindui serta menyayangi keluarga bagaikan AKU menjaga harga diriku sebagai seorang mukmin yang terbaik,, 
ya RABB,,
berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan segala perjuangan serta kesulitan yang dilemparkan oleh-MU yang maha esa serta yang maha mengetahui segalanya,,

Masih adakah mereka yang ingin melihat pusara AKU di kala AKU dikembalikan kepada penciptaku?
Masih adakah mereka yang ingin menyampaikan YASSIN di kala AKU memerlukanya?
Masih adakah mereka yang ingin mengingati wajahku tatkala AKU sendirian di sana?
Masih adakah mereka yang mampu menemani AKU di kala AKU kesunyian di sana?
Masih adakah mereka ini?

 ALLAH yang maha pengasih serta maha penyayang,,,
AKU bermohon pada-MU ya ALLAH,, seandainya AKU adalah insan pilihan-MU di antara kalangan keluargaku, AKU bermohon padamu YA RABB,, engkau ampun kan lah dosa-dosa mereka yang zahir mahupun yang batil,, engkau berikanlah hidayah dan petunjuk untuk mereka supaya mereka diterangi dengan jalan-jalan yang engkau redhai,, sesungguhnya engkau lah tempat untuk AKU mengadu dumba perasaan sedih di hati ini YA ILLAHI,,
semoga segala usaha dan doaku dikabulkan hendaknya oleh-MU ya ALLAH,,

insan yang merintih kesedihan dan penuh mengharap,,
BMG~

1 comment:

  1. Moga dirimu senantiasa tenang menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai kemungkinan...moga kekuatan jua Allah berikan bagi menepuh segala mehnah dan tribulasi dunia...Jika ingin diri dihagai kelak hargailah mereka yang ingin menghargai mu kelak dirimu akan senantiasa dalam ingatan mereka yang benar2 ikhlas mengingatimu..hidup ini tiada yang abadi maka amal-amal soleh mu pada Tuhan itu lebih baik kamu mengharap dari mengharap pada manusia yang mudah berubah...

    "Wealth and children are the adornment of the life of this world. But the good righteous deeds that last, are better with your Lord for reward and better for hope" Al-Kahfi 46

    Lelaki Ini

    ReplyDelete